Ibu & Ayah Di Dalam Penjara, Doktor Ini Kongsi Kisah Remaja Hamil Luar Nikah Yang Mahu…


Ibu & Ayah Di Dalam Penjara, Doktor Ini Kongsi Kisah Remaja Hamil Luar Nikah Yang Mahu…

Kes pembuangan bayi di negara kita semakin berleluasa dan membimbangkan. Sering kali kita didedahkan dengan kes pembuangan bayi yang amat kejam, bayangkan bayi di dibuang ke dalam mangkuk tandas, bayi dibiarkan mati kesejukan di tepi tong sampah malah ada yang dimakan anjing.

Menerusi laman facebook Za’ Faran Hisham kongsikan kisah remaja yang hamil luar nikah, lagi menyedihkan ibu bapanya adalah penagih dan pengedar dadah.

Berusia 17 tahun, hamil luar nikah. Baru saja tamat SPM.


Adik ni berusia 17 tahun, hamil anak luar nikah. Belum berkahwin. Baru saja tamat SPM.
Dia datang jumpa saya di klinik, kelihatan sangat teruja dan gembira. Tak sama macam kebanyakan remaja hamil luar nikah yang kelihatan takut dan tak selesa.
‘Adik datang dgn siapa harini?’‘Boyfriend saya Ada kat luar..’
‘Ada plan nak kahwin ke dik?’‘Ade, akhir bulan ni kot..’
‘Mak ayah dah tahu dik?’
Dia tunduk dan menggeleng kepala. Saya tanya kenapa tak bagitau mak ayah..
‘Diorang tak ade pon sekarang Dr, dah kena tangkap..’‘Siapa tangkap??’
Mak dan ayah dipenjarakan kerana menagih dan mengedar dadah.


‘Dah kena penjara Dari December haritu..kes dadah..diorang jual heroin. Memang dah lama hisap dadah. Dari saye kecik lagi..tapi diorang hisap dalam bilik je, tak nak kasik kami tengok..’
Saya terkejut, sedih, marah dan macam-macam perasaan bercampur baur. Saya terfikir sama ada adik ni juga penagih dadah sebab akan memberi kesan kepada kesihatan bayi.
‘Saya pernah cuba Ice je masa form 3. Tapi x best la Dr..tak nak dah..’
‘Adik x pernah try heroin ke?’
‘Tak nak la Dr, nanti jadi macam Mak ayah saya..’
Dia ada 2 adik beradik yang lain, umur 19 dan 12 tahun.
Seingat dia, mak dan ayahnya kedua-dua penagih dan pengedar dadah. Dah banyak kali keluar dan masuk pusat serenti, tapi ni kali pertama mereka dipenjarakan.
Jumpa cinta hati di sekolah. Lelaki tu baik. Apa yang dia mahu hanyalah layanan ‘seks’.


Dia jalani kehidupan normal seperti orang lain. Pergi sekolah. Mempunyai beberapa teman lelaki.
Mak dan ayahnya kerap bergaduh terutama sekali bila takde ‘barang’. Keluarganya tak bahagia. Dia cari kebahagiaan lain.
Dia jumpa ‘cinta hati’ di sekolah. Lelaki tu baik. Merokok tapi tak ambil dadah. Tak pernah pukul malah selalu menjadi pendengar setia dikala dia ada masalah. Apa yang lelaki tu mahu hanyalah layanan seks, tiada masalah baginya kerana dia juga sangat sayang dan cintakan lelaki tu.
Sekarang dia mengandung. Lelaki itu mahu bertanggungjawab. Tak macam kebanyakan lelaki yang lain.
Masyarakat hanyalah mengutuk dan memandang serong.


Mungkin sesetengah masyarakat akan mengutuk dan mengeji orang seperti mereka.
Saya mengaku, saya juga ada tanggapan negatif kepada mereka. Gatalnya! Saya umur 17 masih lagi budak hingusan. Tak ada boyfriend. Apa yang saya fikir hanyalah belajar.
Tapi satu perkara yang saya sedar, saya tak berada ditempat yang dia lalui. Ibubapa saya mempunyai kerja dan pendapatan yang baik. Makanan akan selalu tersedia di atas meja. Pakaian yang bersih. Saya tak perlu takut polis akan datang dan geledah rumah untuk cari dadah. Saya tak perlu berdepan masyarakat yang memandang hina pada kami. Saya tak perlu cari kebahagiaan dengan kawan-kawan di luar sehingga terlanjur. Semua saya dapat dirumah.
Tak dapat saya bayangkan apa nasib yang menimpa saya jika berada di situasinya. Sangat mengkagumkan dia tak terpengaruh menjadi penagih dadah seperti ibubapanya. Malah, dia tak mahu kehidupan anaknya sama seperti yang dia pernah lalui.

Saya akan bantu beri dia sokongan moral sepanjang proses kehamilannya.


Apa yang saya boleh bantu ialah beri dia sokongan moral sepanjang proses kehamilannya. Saya akan pastikan dia datang check up bayi mengikut jadual. Tak lupa juga bagi pendidikan macam mana nak jaga dan besarkan anak kelak. Saya akan pastikan dia tak terjerumus ke ‘lembah hina’ itu.
Sering kali kita tengok remaja-remaja yang bermasalah ini biasanya datang dari keluarga yang berpecah belah. Ada yang bercerai dan ibu lari tinggalkan anak-anak ikut lelaki lain. Ada juga ibu tunggal yang terpaksa mengerah tenaga mencari rezeki hingga anak terabai. Ini adalah antara penyebab mengapa anak-anak memberontak dan mempunyai masalah sosial.
Kita sebagai masyarakat tak boleh ubah masa silam mereka tapi boleh beri mereka satu kehidupan baru. Pertama sekali hentilah beranggapan negatif kepada mereka, berdoalah semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah swt. Dan semoga Allah melindungi ‘bayi’ yang tidak berdosa itu.#socialproblems#countyourblessings
sumber : facebook Za’ Faran Hi
sham

0 Response to "Ibu & Ayah Di Dalam Penjara, Doktor Ini Kongsi Kisah Remaja Hamil Luar Nikah Yang Mahu…"

Post a Comment