Video: Gelojoh Betul Hafiz Suip Dengan Sekali Lafaz jew Tapi mengigil2,, Alhamdulillah ,Tahiah Hafizz





Penyanyi Hafiz Suip, 27, selamat bergelar suami kepada Nureffy Jasreel, 23, dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip dan isteri selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120.


Majlis pernikahan Hafiz yang juga bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching Sarawak.


Akad nikah Hafiz dan isteri hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara rapat selain rakan baik penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano iaitu Akim Ahmad.


Sebelum ini Hafiz dan isteri mengikat tali pertunangan pada 27 Februari tahun lalu selepas dua tahun bercinta.


0 Response to "Video: Gelojoh Betul Hafiz Suip Dengan Sekali Lafaz jew Tapi mengigil2,, Alhamdulillah ,Tahiah Hafizz"

Post a Comment