Video Jenazah Ibu dan Anak Maut Dalam Kemalangan 14 Buah Selamat dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad


Jenazah Ibu dan Anak Maut Dalam Kemalangan 14 Buah Selamat dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad




Jenazah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan anaknya Hanna Humaira Mohd Nasrun, 1 tahun 5 bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Pekan Darat 11.30 malam tadi.

Terdahulu jenazah dua dua beranak itu tiba di rumah bapa mangsa di Kampung Permatang Tok Jaya pada 10.38 malam. Turut mengiringi jenazah ialah suami mangsa, Mohd Nasrun Ramli, 29.















Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek Pekan Darat. Kira-kira 500 saudara mara dan kenalan mangsa turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Nurul Syazeila dan anaknya maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim jam 9.15 pagi yang turut membabitkan 15 kenderaan lain.

0 Response to "Video Jenazah Ibu dan Anak Maut Dalam Kemalangan 14 Buah Selamat dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad"

Post a Comment