- Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan video viral 'gelek maut' anak pelakon terkenal iaitu Ira Kaza, tetapi baru-baru ini anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri pula dikecam gara-gara beraksi lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram
- Video ghairah tersebut:
Anak keempat pelakon itu yang dikenali sebagaiLiana Rosli, dikatakan seperti sengaja menayang sebahagian payudara selain beraksi ghairah dalam video berdurasi 50 saat tersebut dengan tujuan mempromosi produk kecantikan miliknya.
Nampaknya makin ramai pula guna approachsebegini selepas video 'henjut' Kak Mawartempoh hari kan?
Image viaInstagram @liana_rosli
Bagaimanapun, laporan Harian Metro semalam memberitahu bahawa pelakon veteran tersebut hanya menganggap itu adalah strategi yang digunakan anaknya dan melihat perkara itu dari studut positif
“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif.
“Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka. Malah, setiap daripada mereka tampil dengan idea masing-masing. Apa yang penting sekarang saya lebih mengetahui apa yang dilakukan anak," katanya.hmetro.com.my
Tambahnya lagi, kalau bukan anaknya itu yang perlu berusaha memajukan perniagaannya, siapa lagi yang perlu lakukannya. Tetapi, dalam masa yang sama dia juga ada menegur dan memberi nasihat kepada anak perempuannya itu.
Image viaInstagram @liana_rosli
Normah juga memberitahu bahawa dia sememangnya mengetahui anaknya menghasilkan video tersebut tetapi tidak pula menyangka mengundang pelbagai komen negatif dalam kalangan pengguna laman sosial
“Saya tahu dia merakam video itu, tetapi tak sangka pula ia boleh menjadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat, saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan,” katanya lagi.hmetro.com.my
0 Response to "Di Hentam Banyak Kali Masih nak Buat Video"
Post a Comment