Janji Perempuan Melayu

Kuan Chee Heng, nama yang sudah tidak asing lagi di kalangan netizen. Beliau cukup dikenali dengan sikapnya yang gemar membantu golongan yang tidak berkemampuan berbanding sesetengah masyarakat yang hanya pandai 'bercakap' sahaja.






Meskipun berbeza agama budaya dan bangsa, beliau sanggup menghulurkan bantuan kepada orang Melayu, India dan lain-lain. Pernah sekali beliau menarik perhatian netizen bilamana dirinya belanja sebuah keluarga yang susah di bulan ramadhan yang lalu.


Baru-baru ini, Kuan Chee Heng, memuat naik perkongsiannya mengenai seorang wanita yang meminta bantuan kewangan darinya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.


"Ketika saya melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak, beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak bagi membela lapan orang anaknya. Saya berikan RM400 dan hari ini beliau terus mula berniaga di PUJ 3, depan supermarket Super Save.


"Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. Well done. Rezeki halal dan saya sungguh gembira beliau dapat memberi makan kepada lapan orang anaknya.


"Syabas, janji perempuan Melayu ini untuk berniaga ditepati," katanya.


Status yang dimuat di laman Facebook Kuan itu mendapat 8,563 perkongsian di Facebook dan 57K likes.


Ekoran itu, Facebook beliau tidak henti-henti menerima pujian dari netizen yang bangga dengan kebaikannya itu.


Sungguh kami juga terkesan dengan kebaikan Kuan Chee Heng ini. Moga sikapnya yang suka membantu golongan yang tidak berkemampuan ini turut dicontohi oleh mereka yang lain. Inilah Hero Malaysia yang sebenar.

0 Response to "Janji Perempuan Melayu"

Post a Comment