GAMBAR MANGSA KEBAKARAN NURUL AIN JURURAWAT HOSPITAL SULTANAH AMINAH
Gambar Mangsa Kebakaran Nurul Ain Jururawat Hospital Sultanah Aminah(HSA)
Susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru baru-baru ini, kini beberapa keping gambar seorang jururawat mula viral di laman sosial. Jururawat yang bernama Nurul Ain Syawqah Wardiah dikatakan adalah mangsa yang cedera parah dalam insiden kebakaran itu.
Rata-rata nitizen di media sosial medoakan kesihatan jururawat ini yang sanggup menggadai nyawa nya demi tugas sehinggakan diri ditimpa musibah.
Nurul Ain Syawqah Wardiah berasal dari Termeloh Pahang, segala identiti mengenai jururawat ini tidak banyak didedahkan mungkin bagi memberi penghormatan pada mangsa dan keluarga.
Mengikut laporan Harian Metro Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.
“Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi,” katanya.
Dalam kejadian selasa lalu, enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi.
Mengikut senarai maklumat mangsa yang ditulis pihak Bomba, Nurul Ain adalah mangsa yang cedera parah dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Namun, ketika ini tiada sebarang laporan terkini mengenai mangsa ini.
Jasa dan pengorbanan seorang jururawat ini sangatlah dihargai. Sanggup menggadaikan nyawanya demi tugas untuk berbakti kepada negara.
Sama-sama kita mendoakan supaya jururawat ini selamat dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "RAKAMAN CCTV MANGSA KEBAKARAN NURUL AIN JURURAWAT HOSPITAL SULTANAH AMINAH"
Post a Comment