Hasrat Mangsa Tikam Bakal Adik Ipar Tidak
Sempat Timang Anak Sulung|Hasrat Mangsa bunuh dengan enam kesan tikaman di kawasan letak kenderaan di Kompleks Seri Iman, di Kuala Terengganu, hari ini., 11.30 pagi tadi tidak kesampaian menimang anak sulung.
Isterinya, Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.
Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata, arwah suaminya yang merupakan anggota JPJ Mohd. Shukri Hussin, 34 adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.
Beliau berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.
“Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri,” katanya.
Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam), pagi tadi.
“Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi,” kata Noriah.
Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.
Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. –
Kronogi kejadian
1.Dimaklumkan kejadian ini berlaku pada awalnya atas suspek (abang kandung calon pengantin perempuan) mengesyaki yang calon abang iparnya itu sudah berkahwin.
2.Suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarga bakal martuanya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.
3.Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran mulut didalam bilik kaunserling.
4.Setelah keluar dari dalam bilik tersebut pertengkaran berlanjut di tempat letak kereta ,tiba tiba suspek dmengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian
5.Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan seorang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama
0 Response to "VIDEO penuh Suspek Menikam Mangsa Dan Punca Kejadian Dikenal Pasti"
Post a Comment