Video: Belum Apa2 Lagi Dah Bergaduh. Sampai Terkencing Dalam Kereta..

Eh, tahu pula takut! Tahu pula nak cari polis! Tahu pula bercakap pasal undang-undang tapi bab langgar undang-undang kamulah kepala dan puncanya! Klip video yang dimuatnaikkan, menceritakan tentang satu fenomena yang barangkali tidak dijangkakan oleh manusia keparat seperti Hishamuddin Rais dan konco-konconya. Selama ini mereka bermaharajalela dan cukup yakin, mereka tidak akan ditentang kerana konon-kononnya mereka mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia. Lagipun mereka percaya, undang-undang akan menyebelahi mereka. Sebab itulah, mereka memanggil dan menggelar anggota-anggota PDRM yang ditugaskan menjaga keamanan sebagai ANJING UMNO. Sebab itulah, mereka melakukan kerosakan dan huru-hara trafik di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur atas nama 'kebebasan berkumpul' dan 'berdemonstrasi secara aman'. Mereka kerap menyalahkan pihak lain walaupun secara nyata mereka yang melakukan kekacauan. Dengan barisan peguam yang bijak memanipulasi undang-undang berada di belakang mereka, undang-undang negara dipermain-mainkan. Mereka ditangkap tetapi dibebaskan atau dibicarakan tetapi mahkamah kemudian mendapati penangkapan mereka tidak sah, dan pihak berkuasa perlu membayar ganti rugi yang nilainya ratusan ribu ringgit. Dari BERSIH 1 sehinggalah ke BERSIH 5 serta beberapa demonstrasi jalanan lain, kali ini ada satu lagi demonstrasi yang bertentangan dengan Baju Kuning, iaitu Baju Merah. Ternyata, mereka tidak senang dan seperti biasa, mereka melalak tentang undang-undang dan perlunya pemimpin Baju Merah ditangkap kerana memprovokasi Baju Kuning serta cuba mencetuskan kekacauan. Walhal yang memulakannya adalah Baju Kuning. Sumber:http://theflyingkick.blogspot.my/2016/10/hishamuddin-rais-gelabah-bewak-dalam.html
Posted by WakeUp Malaya on Tuesday, 4 October 2016

0 Response to "Video: Belum Apa2 Lagi Dah Bergaduh. Sampai Terkencing Dalam Kereta.."

Post a Comment