7 Foto Akak Adira Kena Tetak Hingga Menyebabkan Telinga Hampir Putus
Melalui Facebook penyanyi Keroz Nazri, dia menyatakan bahawa kediaman kakak kepada penyanyi Adira iaitu Emma Suhaimi telah dimasuki perompak bersenjatakan parang.
Dalam kejadian tersebut, Emma difahamkan telah ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan hingga menyebabkan telinganya hampir putus. Malah, wajahnya turut diterajang oleh perompak tersebut.
Emma sudah mendapat rawatan di Hospital Queen Elisabeth 1 Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil.
MH Online merakamkan rasa simpati atas apa yang berlaku. Semoga Emma segera sembuh.
0 Response to "7 Foto Akak Adira Kena Tetak Hingga Menyebabkan Telinga Hampir Putus"
Post a Comment