Tahniah! Yana Samsudin Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki Yang Sangat Tidak Diduga

Tahniah Yana Samsudin Selamat Melahirkan Anak Lelaki.



Suaminya, Fadzil Bahari Zahari

KUALA LUMPUR: Pelakon Yana Samsudin, 32, selamat melahirkan bayi lelaki, minggu lalu.

Suaminya, Fadzil Bahari Zahari, 33, menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa syukur dengan kelahiran putera sulung mereka selain mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta.


"Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin, selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21.07.2016.

"Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. Saya cintakan awak sayang, moga sembuh cepat," kata Fadzil.



Menerusi kenyataan di Instagram itu juga, Fadzil turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

"Terima kasih juga pada mak dan ayah kami yang tidak henti-henti berdoa serta keluarga, sahabat-sahabat kerana sentiasa mendoakan. Alhamdulillah, kami juga mendoakan kesejahteraan anda semua," ujarnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin dan Fadzil, yang juga adik kepada aktor Farid Kamil, mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Berita Harian Online.

0 Response to "Tahniah! Yana Samsudin Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki Yang Sangat Tidak Diduga"

Post a Comment